Wednesday, April 6, 2011

Daging Bakar Cicah Air Asam


Daging Bakar Cicah Air Asam

Bahan untuk Daging:
1 kg daging lembu
50 gm bawang besar - dikisar halus
20 gm bawang putih - dikisar halus
10 gm serbuk kari
10 gm halia - dikisar halus
Garam - secukup rasa
Serbuk perasa - secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Kisar hingga halus bawang putih, bawang merah, serbuk kari dan halia.
2. Gaulkan sebati dengan daging dan masukkan garam  dan serbuk perasa secukup rasa
3. Perapkan daging selama 2 jam
4. Setelah itu, daging hendaklah dibakar selama 30 minit dengan suhu 180C atau sehingga masak
5. Setelah masak, boleh dipotong nipis mengikut kesukanaan masing-masing

 
Bahan untuk Air Asam Jawa :
Air asam jawa
1 biji bawang besar - dipotong kecil
2 biji lada merah - dipotong kecil
2 biji lada hijau - dipotong kecil
1 biji tomato - dipotong kecil
10 biji cili padi - dipotong kecil
10 gm belacan - dibakar / digoreng
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Limau nipis
Cara membuatnya:
1. Kesemua bahan yang dipotong kecil dicampurkan kedalam air asam jawa.
2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa.
3. Semua bahan digaul rata
4. Setelah itu, bolehlah dihidangkan sebagai pencicah kepada daging bakar tadi.
Sesekali apa kata kita ubah selera kepada menu yang ringkas dan berkhasiat, selamat mencuba...



Ikan Kembung Bakar Cicah Air Asam


Ikan Kembung Bakar Cicah Air Asam

Bahan untuk Ikan :
3 ekor ikan kembung
Garam
Serbuk kunyit
Daun pisang

Cara membuatnya:
1. Ikan dibersihkan, lumurkan garam dan serbuk kunyit
2. Bungkus dengan daun pisang dan dibakar hingga masak

Bahan untuk Air Asam:
Air asam jawa
1 biji bawang besar - dipotong kecil
2 biji lada merah - dipotong kecil
2 biji lada hijau - dipotong kecil
1 biji tomato - dipotong kecil
10 biji cili padi - dipotong kecil
10 gm belacan - dibakar / digoreng
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Limau nipis

Cara membuatnya:
1. Kesemua bahan yang dipotong kecil dicampurkan kedalam air asam jawa.
2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa.
3. Semua bahan digaul rata
4. Setelah itu, bolehlah dihidangkan bersama ikan kembung bakar tadi

Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet, selamat mencuba...

Tuesday, April 5, 2011

Sup Ekor


Sup Ekor

Bahan:
1/2 kg ekor lembu - dipotong sederhana kecil
2 sudu rempah sup
5 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
2 sm halia - dihiris
5 biji cili api - dihiris
2 liter air
1 biji limau nipis
Garam - secukup rasa
Daun sup - dipotong kecil
Daun bawang - dipotong kecil
Bawang goreng

Cara membuatanya:
1. Didihkan air bersama semua bahan yang dihiris dan rempah sup.
2. Masukkan ekor lembu dan biar sehingga ekor lembu empuk.
3. Masukkan garam secukup rasa
4. Perahkan air limau nipis sebelum diangkat
5. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
6. Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba, sedap dimakan semasa panas...

Sup Tulang


Sup Tulang

Bahan A:
1/2 kg tulang - dipotong sederhana kecil
2 inci kulit kayu manis
10 gm bunga cengkih
10 gm bunga lawang
10 gm buah pelaga
2 biji bawang besar - dihiris kecil
2 inci halia - dihiris kecil
2 liter air

Bahan B:
Daun sup - dipotong kecil
Daun bawang - dipotong kecil
Bawang goreng
Serbuk perasa - secukup rasa
Serbuk lada hitam - secukup rasa
Garam - secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Potong tulang sederhana kecil dan cuci bersih.
2. Rebuskan tulang bersama-sama semua bahan A diatas.
3. Masak sehingga daging empuk.
4. Tambahkan serbuk perasa, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng keatasnya.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Sedap dimakan semasa panas, jom cuba...

Wednesday, March 23, 2011

Ikan Siakap Masam Manis


Ikan Siakap Masam Manis

Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 batang sadri - dihiris nipis
1 potong buah nenas - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 biji lada merah - dihiris nipis
2 biji lada hijau - dihiris nipis
4 sudu sos cili
4 sudu sos tiram
8 sudu sos tomato
4 sudu gula
Minyak masak - untuk menggoreng dan menumis
1 biji limau nipis
Garam - secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Ikan siakap digoreng hingga masak. Letakkan ikan didalam pinggan besar

(Untuk membuat kuahnya)
1. Tumiskan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
2. Masukkan juga semua bahan yang telah dipotong dan dihiris tadi. Kacau rata
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan kacau rata hingga mendidih.
4. Curahkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi dan perahkan limau nipis keatasnya.

Sedia untuk dihidangkan..

Ikan Siakap Kukus


Ikan Siakap Kukus

Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar - dipotong bulat
10 biji cili api - dihiris nipis
2 biji lada merah - dihiris nipis
2 biji lada hijau - dihiris nipis
10 ulas bawang putih - dihiris nipis
3 sm halia - dihiris nipis
2 sudu sos tiram
2 biji asam boi
Sedikit air
Garam - secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Masukkan ikan dan air kedalam kukus
2. Kukus ikan hingga masak. Angkat ikan dan masukkan kedalam pinggan besar

(Untuk membuat kuahnya)
1. Masukkan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong  tadi kedalam periuk.
2. Campurkan juga sos tiram, asam boi dan air. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Tuangkan kuah yang telah mendidih tadi keatas ikan yang telah dikukus.

Sedia untuk dihidangkan..

Ikan Siakap 3 Rasa


Ikan Siakap 3 Rasa

Bahan:
1 ekor ikan siakap
10 biji cili api - dihiris nipis
2 biji lada merah - dihiris nipis
2 biji lada hijau - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
4 sudu makan sos tiram
8 sudu sos cili
1 biji limau nipis
Garam - secukup rasa
Minyak masak - untuk menggoreng dan menumis
Daun bawang - dipotong pendek

Cara membuatnya:
1. Ikan digoreng, setelah masak angkat dan letak didalam pinggan besar.

(Untuk membuat kuahnya)
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan kesemua bahan yang telah dihiris. Kacau rata
3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa.
4. Apabila telah mendidih, tuangkan kuah keatas ikan siakap yang telah digoreng tadi dan perahkan limau nipis keatasnya.
5. Taburkan sedikit daun bawang sebagai hiasan.

Selamat mencuba..

Monday, March 21, 2011

Brokoli Goreng


Brokoli Goreng

Bahan:
Brokoli - dipotong kecil
4 ekor udang
2 biji bawang putih - dikisar kasar
1 sudu makan sos tiram
Gula - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Serbuk perasa - secukup rasa
Sedikit minyak masak
Sedikit air

Cara membuatnya:
1. Masukkan minyak kedalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau wangi
2. Masukkan brokoli, udang serta sedikit air. Kacau rata
3. Masukkan sos tiram, gula. garam dan serbuk perasa.
4. Kacau dan biarkan sehingga brokoli masak.

Sedia untuk dihidangkan..

Asparagus Goreng


Asparagus Goreng

Bahan:
10 batang asparagus - dipotong pendek
4 ekor udang
2 ulas bawang putih - dikisar kasar
1 sudu besar sos tiram
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Sedikit minyak masak

Cara membuatnya:
1. Masukkan sedikit minyak kedalam kuali .Tumiskan bawang putih bersama udang hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan asparagus dan kacau.
3. Apabila asparagus agak masak, masukkan sedikit garam, gula serta sos tiram.
( Jangan goreng asparagus terlalu lama kerana ia akan membuat asparagus tidak rangup dan hilang khasiatnya )
4. Bolehlah dihidangkan.

Friday, March 18, 2011

Kuih Abuk - Abuk


Kuih Abuk - Abuk

Bahan:
300 gm sagu biji
1 cawan gula melaka @ gula merah - dipotong kecil
1/2 biji kelapa parut - putih sahaja
Secubit garam
Daun pisang - dipotong persegi dan dilayukan 

Cara membuatnya:
1. Cuci sagu biji dengan air dan toskan
2. Masukkan sagu, kelapa parut dan garam kedalam mangkuk. Gaul hingga rata
3. Bentukkan daun pisang seperti bekas kacang putih (tiga segi).
4. Masukkan sagu kedalam bekas daun pisang berselang seli dengan sedikit gula melaka sehingga penuh.
(Jika tidak mahu terlalu manis, letakkan gula melaka hanya ditengah sahaja)
5. Lipatkan / tutupkan bekas daun pisang dan letakkan dalam kukusan.
6. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba...

Kuih Seri Muka


Kuih Seri Muka

Bahan A ( Lapisan Bawah ):
400 gm beras pulut - direndam 1 jam atau semalaman
Santan cair secukupnya
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan

Bahan B ( Lapisan Atas ):
200 gm gula pasir
3 cawan santan pekat
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
5 biji telur
10 helai daun pandan - kisar dan ambil airnya

Cara membuatnya:
( Lapisan Bawah -A )
1. Beras pulut yang telah direndam 1 jam atau semalaman ditoskan airnya.
2. Masukkan santan cair, garam dan daun pandan kedalam pulut tadi.
3. Kukus didalam loyang ukuran 10" x 10" . Kukus selama 30 minit.
4. Apabila pulut telah masak, tekan pulut menjadi padat.

( Lapisan Atas -B )
1. Bancuhkan semua bahan B didalam mangkuk dan kacau rata. Kemudian tapiskan kedalam periuk.
2. Masak diatas api yang perlahan dan kacau sehingga naik wap
3. Kemudian curahkan bahan lapisan B ini keatas pulut (bahan lapisan A).
4. Kukus selama 5-10 minit lagi atau sehingga masak.
5. Apabila telah sejuk bolehlah dipotong.

Sesuai untuk hidangan sarapan pagi ataupun minum petang..

Thursday, March 17, 2011

Kerabu Kacang Botol Cik Alien


Kerabu Kacang Botol Cik Alien

Bahan:
300 gm kacang botol - dipotong serong @ kecil
100 gm isi ayam - dipotong nipis
2 tangkai cili padi - dihiris nipis
2 biji bawang merah - dihiris nipis
1 tangkai lada merah - dihiris nipis
1 sudu pes tomyam
1/2 sudu santan
1 sudu air perahan limau
Sedikit kicap sotong
Sedikit gula

Cara membuatnya:
1. Rebus isi ayam selama 2 minit dan toskan airnya.
2. Masukkan kacang botol bersama isi ayam kedalam mangkuk.
3. Gaulkan bersama cili, bawang, lada, pes tomyam, santan dan air perahan limau.
4. Tambahkan kicap sotong dan gula secukup rasa. Gaul rata.

Sedia untuk dihidang...selamat mencuba.

Kerabu Mangga Mama Tie's


Kerabu Mangga Mama Tie's

Bahan:
3 biji buah mangga muda
2 ulas bawang merah - dihiris nipis
10 ekor ikan bilis - digoreng
10 biji kacang tanah - digoreng
2 sudu air perahan limau
1 sudu gula
1 sudu kicap sotong
3 tangkai cili padi - dihiris nipis

Cara membuatnya:
1. Buah mangga dibuang kulit, dicuci bersih dan diparut halus
2. Masukkan buah mangga kedalam mangkuk. Campurkan bawang merah, ikan bilis dan kacang tanah. 
3. Tambahkan air perahan limau, gula, kicap sotong dan cili padi. Gaul kesemua bahan sehingga rata.

Sedia untuk dihidangkan..

Kerabu Jantung Pisang Kak Ngah


Kerabu Jantung Pisang Kak Ngah

Bahan:
1 biji jantung pisang
3 biji bawang merah
2 sudu makan kerisik kelapa - dimesin halus
1.25 sm belacan
50 gm udang kering
2 tangkai cili merah
1 biji limau nipis - ambil airnya
Garam

Cara membuatnya:
1. Jantung pisang direbus hingga empuk, toskan dan dipotong kecil.
2. Cili, bawang, udang kering dan belacan ditumbuk bersama hingga halus
3. Masukkan jantung pisang kedalam mangkuk. Gaulkan bersama bahan yang ditumbuk halus tadi.
4. Kemudian masukkan kerisik, garam dan air limau secukup rasa.
5. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Kerabu Pucuk Paku Mem Noney


Kerabu Pucuk Paku Mem Noney

Bahan:
1 ikat pucuk paku
5 ulas bawang merah - dimesin halus
2 ulas bawang putih - dimesin halus
1 sudu kecil udang kering - dimesin halus
30 gm kerisik kelapa - digoreng sederhana garing dan dimesin halus
Sedikit air limau kasturi / nipis
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara membuatnya:
1. Celur pucuk paku hingga layu dan toskan
2. Masukkan pucuk paku kedalam mangkuk dan gaulkan bersama bawang merah, bawang putih, udang kering dan kerisik yang dimesin halus tadi.
3. Masukkan air limau, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
4. Gaul hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Bingka Ubi Kayu


Bingka Ubi Kayu

Bahan:
2 kg ubi kayu - dikupas, diparut & disejat
300 gm gula pasir
1 sudu teh garam
Pewarna kuning - jika suka
2 biji telur - dipukul
500 ml santan kelapa - (dari 1 biji kelapa)
Sedikit minyak masak

Cara membuatnya:
1. Masukkan ubi kayu yang telah diparut kedalam mangkuk
2. Kemudian masukkan gula pasir, garam, pewarna kuning (jika suka) dan telur. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan santan dan kacau rata. Pastikan adunan tidak berketul-ketul
4. Sapukan sedikit minyak masak pada loyang bakar. Tuang adunan kedalamnya.
5. Bakar pada suhu 300 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Selamat mencuba..

Cekodok Kelapa & Pisang


Cekodok Kelapa & Pisang

Bahan:
1 cawan kelapa muda parut - putih sahaja
1 cawan pisang - dilenyek
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
Minyak masak - untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan diatas kedalam mangkuk dan digaul rata.
( Adunan boleh dibiarkan seketika untuk mendapatkan cekodok yang lembut dan gebu sebelum digoreng )
2. Panaskan minyak didalam kuali. Jemputkan adunan dengan hujung jari kedalam kuali.
( Boleh juga menggunakan sudu makan ).
3. Goreng cekodok kelapa & pisang ini hingga masak atau berwarna kuning keemasan. 

Hidangkan semasa panas untuk sarapan pagi atau minum petang..

Wednesday, March 16, 2011

Ayam Masak Kicap


Ayam Masak Kicap

Bahan A:
1 ekor ayam - dipotong sederhana besar
2 biji tomato - dipotong 4
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan B:
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 biji lada merah - dihiris
2 biji lada hijau - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sentimeter halia - dihiris

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Goreng semua ayam sederhana masak.
2. Tumiskan Bahan B yang dihiris hingga bau wangi.
3. Masukkan air, kicap pekat dan sos tomato. Biarkan hingga mendidih.
4. Apabila mendidih, masukkan ayam, tomato, garam dan gula secukup rasa.

Sedia untuk dihidangkan...

Sayur Lemak Labu


Sayur Lemak Labu

Bahan A:
1 kg buah labu - dipotong sederhana besar,dibuang kulit dan dibasuh bersih

 Bahan B:
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
200 ml santan kelapa
2 cawan air putih
Gula - secukup rasa
Garam - secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk dengan api perlahan. Masukkan santan, air putih, bahan yang dikisar, serbuk kunyit dan kacau rata.
2. Kemudian masukkan buah labu. Masak sehingga buah labu empuk.
3. Masukkan  gula dan garam secukup rasa.

Jika suka, boleh dimasukkan sekali  pucuk labu atau sayur kacang panjang.

Sesekali... jom cuba masakan tradisional kita.

Tuesday, March 15, 2011

Kuih Bakar Pandan Berbijan


Kuih Bakar Pandan Berbijan

Bahan:
10 biji telur ayam
200 gm gula pasir
500 gm tepung gandum
3 cawan pati santan
1 sudu teh garam
1 cawan jus daun pandan
100 gm bijan
Minyak sapi secukupnya

Cara membuatnya:
1. Pukul telur dan gula hingga larut dan sebati
2. Masukkan tepung gandum, santan, jus daun pandan dan garam sambil dikacau hingga sebati.
3. Sapukan acuan kuih dengan minyak sapi dan panaskan acuan didalam ketuhar seketika.
4. Tuangkan adunan kedalam acuan. Kemudian taburkan bijan secukup rata keatasnya dan bakarlah sehingga masak.

Jom cuba...

Nasi Goreng Kailan Ikan Masin


Nasi Goreng Kailan Ikan Masin

Bahan A:
4 cawan nasi putih
1 keping ikan tenggiri masin - digoreng dan dipotong kecil
300 gm kailan - dipotong kecil
1 sudu makan sos ikan (sos nampla)
1 pokok daun bawang - dipotong kecil
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis
( Semua bahan B ditumbuk kasar )

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua Bahan B hingga naik bau.
2. Masukkan nasi, kailan dan sos ikan. Kemudian gaul rata
3. Taburkan ikan tenggiri masin dan garam secukup rasa.

Taburkan daun bawang diatasnya dan sedia untuk dihidang...

Nasi Goreng Cina


Nasi Goreng Cina

Bahan A:
2 cawan nasi
2 biji telur
100 gm udang - dibuang kepala dan kulit
1 pokok daun bawang - dipotong pendek
100 gm kubis - dipotong kecil
100 gm kacang panjang - dipotong pendek
100 gm lobak merah - dipotong dadu
2 biji cili merah - dipotong
Garam - secukup rasa
2 sudu minyak masak

Bahan B:
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan lada hitam hingga naik bau wangi.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Apabila telur sudah separuh masak, kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan kubis, kacang panjang, lobak merah, cili merah dan udang. Kemudian kacau rata.
5. Masukkan nasi, garam secukup rasa dan kacau rata.

Taburkan sedikit daun bawang dan sedia untuk dihidangkan.