Wednesday, March 23, 2011
Ikan Siakap Masam Manis
Ikan Siakap Masam Manis
Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 batang sadri - dihiris nipis
1 potong buah nenas - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 biji lada merah - dihiris nipis
2 biji lada hijau - dihiris nipis
4 sudu sos cili
4 sudu sos tiram
8 sudu sos tomato
4 sudu gula
Minyak masak - untuk menggoreng dan menumis
1 biji limau nipis
Garam - secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Ikan siakap digoreng hingga masak. Letakkan ikan didalam pinggan besar
(Untuk membuat kuahnya)
1. Tumiskan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
2. Masukkan juga semua bahan yang telah dipotong dan dihiris tadi. Kacau rata
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan kacau rata hingga mendidih.
4. Curahkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi dan perahkan limau nipis keatasnya.
Sedia untuk dihidangkan..
Ikan Siakap Kukus
Ikan Siakap Kukus
Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar - dipotong bulat
10 biji cili api - dihiris nipis
2 biji lada merah - dihiris nipis
2 biji lada hijau - dihiris nipis
10 ulas bawang putih - dihiris nipis
3 sm halia - dihiris nipis
2 sudu sos tiram
2 biji asam boi
Sedikit air
Garam - secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Masukkan ikan dan air kedalam kukus
2. Kukus ikan hingga masak. Angkat ikan dan masukkan kedalam pinggan besar
(Untuk membuat kuahnya)
1. Masukkan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong tadi kedalam periuk.
2. Campurkan juga sos tiram, asam boi dan air. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Tuangkan kuah yang telah mendidih tadi keatas ikan yang telah dikukus.
Sedia untuk dihidangkan..
Ikan Siakap 3 Rasa
Ikan Siakap 3 Rasa
Bahan:
1 ekor ikan siakap
10 biji cili api - dihiris nipis
2 biji lada merah - dihiris nipis
2 biji lada hijau - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
4 sudu makan sos tiram
8 sudu sos cili
1 biji limau nipis
Garam - secukup rasa
Minyak masak - untuk menggoreng dan menumis
Daun bawang - dipotong pendek
Cara membuatnya:
1. Ikan digoreng, setelah masak angkat dan letak didalam pinggan besar.
(Untuk membuat kuahnya)
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan kesemua bahan yang telah dihiris. Kacau rata
3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa.
4. Apabila telah mendidih, tuangkan kuah keatas ikan siakap yang telah digoreng tadi dan perahkan limau nipis keatasnya.
5. Taburkan sedikit daun bawang sebagai hiasan.
Selamat mencuba..
Monday, March 21, 2011
Brokoli Goreng
Brokoli Goreng
Bahan:
Brokoli - dipotong kecil
4 ekor udang
2 biji bawang putih - dikisar kasar
1 sudu makan sos tiram
Gula - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Serbuk perasa - secukup rasa
Sedikit minyak masak
Sedikit air
Cara membuatnya:
1. Masukkan minyak kedalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau wangi
2. Masukkan brokoli, udang serta sedikit air. Kacau rata
3. Masukkan sos tiram, gula. garam dan serbuk perasa.
4. Kacau dan biarkan sehingga brokoli masak.
Sedia untuk dihidangkan..
Asparagus Goreng
Asparagus Goreng
Bahan:
10 batang asparagus - dipotong pendek
4 ekor udang
2 ulas bawang putih - dikisar kasar
1 sudu besar sos tiram
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Sedikit minyak masak
Cara membuatnya:
1. Masukkan sedikit minyak kedalam kuali .Tumiskan bawang putih bersama udang hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan asparagus dan kacau.
3. Apabila asparagus agak masak, masukkan sedikit garam, gula serta sos tiram.
( Jangan goreng asparagus terlalu lama kerana ia akan membuat asparagus tidak rangup dan hilang khasiatnya )
4. Bolehlah dihidangkan.
Friday, March 18, 2011
Kuih Abuk - Abuk
Kuih Abuk - Abuk
Bahan:
300 gm sagu biji
1 cawan gula melaka @ gula merah - dipotong kecil
1/2 biji kelapa parut - putih sahaja
Secubit garam
Daun pisang - dipotong persegi dan dilayukan
Cara membuatnya:
1. Cuci sagu biji dengan air dan toskan
2. Masukkan sagu, kelapa parut dan garam kedalam mangkuk. Gaul hingga rata
3. Bentukkan daun pisang seperti bekas kacang putih (tiga segi).
4. Masukkan sagu kedalam bekas daun pisang berselang seli dengan sedikit gula melaka sehingga penuh.
(Jika tidak mahu terlalu manis, letakkan gula melaka hanya ditengah sahaja)
5. Lipatkan / tutupkan bekas daun pisang dan letakkan dalam kukusan.
6. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Selamat mencuba...
Kuih Seri Muka
Kuih Seri Muka
Bahan A ( Lapisan Bawah ):
400 gm beras pulut - direndam 1 jam atau semalaman
Santan cair secukupnya
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan
Bahan B ( Lapisan Atas ):
200 gm gula pasir
3 cawan santan pekat
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung gandum
5 biji telur
10 helai daun pandan - kisar dan ambil airnya
Cara membuatnya:
( Lapisan Bawah -A )
1. Beras pulut yang telah direndam 1 jam atau semalaman ditoskan airnya.
2. Masukkan santan cair, garam dan daun pandan kedalam pulut tadi.
3. Kukus didalam loyang ukuran 10" x 10" . Kukus selama 30 minit.
4. Apabila pulut telah masak, tekan pulut menjadi padat.
( Lapisan Atas -B )
1. Bancuhkan semua bahan B didalam mangkuk dan kacau rata. Kemudian tapiskan kedalam periuk.
2. Masak diatas api yang perlahan dan kacau sehingga naik wap
3. Kemudian curahkan bahan lapisan B ini keatas pulut (bahan lapisan A).
4. Kukus selama 5-10 minit lagi atau sehingga masak.
5. Apabila telah sejuk bolehlah dipotong.
Sesuai untuk hidangan sarapan pagi ataupun minum petang..
Thursday, March 17, 2011
Kerabu Kacang Botol Cik Alien
Kerabu Kacang Botol Cik Alien
Bahan:
300 gm kacang botol - dipotong serong @ kecil
100 gm isi ayam - dipotong nipis
2 tangkai cili padi - dihiris nipis
2 biji bawang merah - dihiris nipis
1 tangkai lada merah - dihiris nipis
1 sudu pes tomyam
1/2 sudu santan
1 sudu air perahan limau
Sedikit kicap sotong
Sedikit gula
Cara membuatnya:
1. Rebus isi ayam selama 2 minit dan toskan airnya.
2. Masukkan kacang botol bersama isi ayam kedalam mangkuk.
3. Gaulkan bersama cili, bawang, lada, pes tomyam, santan dan air perahan limau.
4. Tambahkan kicap sotong dan gula secukup rasa. Gaul rata.
Sedia untuk dihidang...selamat mencuba.
Kerabu Mangga Mama Tie's
Kerabu Mangga Mama Tie's
Bahan:
3 biji buah mangga muda
2 ulas bawang merah - dihiris nipis
10 ekor ikan bilis - digoreng
10 biji kacang tanah - digoreng
2 sudu air perahan limau
1 sudu gula
1 sudu kicap sotong
3 tangkai cili padi - dihiris nipis
Cara membuatnya:
1. Buah mangga dibuang kulit, dicuci bersih dan diparut halus
2. Masukkan buah mangga kedalam mangkuk. Campurkan bawang merah, ikan bilis dan kacang tanah.
3. Tambahkan air perahan limau, gula, kicap sotong dan cili padi. Gaul kesemua bahan sehingga rata.
Sedia untuk dihidangkan..
Kerabu Jantung Pisang Kak Ngah
Kerabu Jantung Pisang Kak Ngah
Bahan:
1 biji jantung pisang
3 biji bawang merah
2 sudu makan kerisik kelapa - dimesin halus
1.25 sm belacan
50 gm udang kering
2 tangkai cili merah
1 biji limau nipis - ambil airnya
Garam
Cara membuatnya:
1. Jantung pisang direbus hingga empuk, toskan dan dipotong kecil.
2. Cili, bawang, udang kering dan belacan ditumbuk bersama hingga halus
3. Masukkan jantung pisang kedalam mangkuk. Gaulkan bersama bahan yang ditumbuk halus tadi.
4. Kemudian masukkan kerisik, garam dan air limau secukup rasa.
5. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.
Kerabu Pucuk Paku Mem Noney
Kerabu Pucuk Paku Mem Noney
Bahan:
1 ikat pucuk paku
5 ulas bawang merah - dimesin halus
2 ulas bawang putih - dimesin halus
1 sudu kecil udang kering - dimesin halus
30 gm kerisik kelapa - digoreng sederhana garing dan dimesin halus
Sedikit air limau kasturi / nipis
Garam
Gula
Serbuk perasa
Cara membuatnya:
1. Celur pucuk paku hingga layu dan toskan
2. Masukkan pucuk paku kedalam mangkuk dan gaulkan bersama bawang merah, bawang putih, udang kering dan kerisik yang dimesin halus tadi.
3. Masukkan air limau, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
4. Gaul hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.
Bingka Ubi Kayu
Bingka Ubi Kayu
Bahan:
2 kg ubi kayu - dikupas, diparut & disejat
300 gm gula pasir
1 sudu teh garam
Pewarna kuning - jika suka
2 biji telur - dipukul
500 ml santan kelapa - (dari 1 biji kelapa)
Sedikit minyak masak
Cara membuatnya:
1. Masukkan ubi kayu yang telah diparut kedalam mangkuk
2. Kemudian masukkan gula pasir, garam, pewarna kuning (jika suka) dan telur. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan santan dan kacau rata. Pastikan adunan tidak berketul-ketul
4. Sapukan sedikit minyak masak pada loyang bakar. Tuang adunan kedalamnya.
5. Bakar pada suhu 300 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Selamat mencuba..
Cekodok Kelapa & Pisang
Cekodok Kelapa & Pisang
Bahan:
1 cawan kelapa muda parut - putih sahaja
1 cawan pisang - dilenyek
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
Minyak masak - untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan diatas kedalam mangkuk dan digaul rata.
( Adunan boleh dibiarkan seketika untuk mendapatkan cekodok yang lembut dan gebu sebelum digoreng )
2. Panaskan minyak didalam kuali. Jemputkan adunan dengan hujung jari kedalam kuali.
( Boleh juga menggunakan sudu makan ).
3. Goreng cekodok kelapa & pisang ini hingga masak atau berwarna kuning keemasan.
Hidangkan semasa panas untuk sarapan pagi atau minum petang..
Wednesday, March 16, 2011
Ayam Masak Kicap
Ayam Masak Kicap
Bahan A:
1 ekor ayam - dipotong sederhana besar
2 biji tomato - dipotong 4
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B:
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 biji lada merah - dihiris
2 biji lada hijau - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 sentimeter halia - dihiris
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Goreng semua ayam sederhana masak.
2. Tumiskan Bahan B yang dihiris hingga bau wangi.
3. Masukkan air, kicap pekat dan sos tomato. Biarkan hingga mendidih.
4. Apabila mendidih, masukkan ayam, tomato, garam dan gula secukup rasa.
Sedia untuk dihidangkan...
Sayur Lemak Labu
Sayur Lemak Labu
Bahan A:
1 kg buah labu - dipotong sederhana besar,dibuang kulit dan dibasuh bersih
Bahan B:
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
200 ml santan kelapa
2 cawan air putih
Gula - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk dengan api perlahan. Masukkan santan, air putih, bahan yang dikisar, serbuk kunyit dan kacau rata.
2. Kemudian masukkan buah labu. Masak sehingga buah labu empuk.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Jika suka, boleh dimasukkan sekali pucuk labu atau sayur kacang panjang.
Sesekali... jom cuba masakan tradisional kita.
Tuesday, March 15, 2011
Kuih Bakar Pandan Berbijan
Kuih Bakar Pandan Berbijan
Bahan:
10 biji telur ayam
200 gm gula pasir
500 gm tepung gandum
3 cawan pati santan
1 sudu teh garam
1 cawan jus daun pandan
100 gm bijan
Minyak sapi secukupnya
Cara membuatnya:
1. Pukul telur dan gula hingga larut dan sebati
2. Masukkan tepung gandum, santan, jus daun pandan dan garam sambil dikacau hingga sebati.
3. Sapukan acuan kuih dengan minyak sapi dan panaskan acuan didalam ketuhar seketika.
4. Tuangkan adunan kedalam acuan. Kemudian taburkan bijan secukup rata keatasnya dan bakarlah sehingga masak.
Jom cuba...
Nasi Goreng Kailan Ikan Masin
Nasi Goreng Kailan Ikan Masin
Bahan A:
4 cawan nasi putih
1 keping ikan tenggiri masin - digoreng dan dipotong kecil
300 gm kailan - dipotong kecil
1 sudu makan sos ikan (sos nampla)
1 pokok daun bawang - dipotong kecil
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan B:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis
( Semua bahan B ditumbuk kasar )
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua Bahan B hingga naik bau.
2. Masukkan nasi, kailan dan sos ikan. Kemudian gaul rata
3. Taburkan ikan tenggiri masin dan garam secukup rasa.
Taburkan daun bawang diatasnya dan sedia untuk dihidang...
Nasi Goreng Cina
Nasi Goreng Cina
Bahan A:
2 cawan nasi
2 biji telur
100 gm udang - dibuang kepala dan kulit
1 pokok daun bawang - dipotong pendek
100 gm kubis - dipotong kecil
100 gm kacang panjang - dipotong pendek
100 gm lobak merah - dipotong dadu
2 biji cili merah - dipotong
Garam - secukup rasa
2 sudu minyak masak
Bahan B:
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan lada hitam hingga naik bau wangi.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Apabila telur sudah separuh masak, kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan kubis, kacang panjang, lobak merah, cili merah dan udang. Kemudian kacau rata.
5. Masukkan nasi, garam secukup rasa dan kacau rata.
Taburkan sedikit daun bawang dan sedia untuk dihidangkan.
Sambal Belacan
Sambal Belacan
Bahan:
4 cm belacan
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 biji bawang merah
Air asam jawa atau perahan limau nipis secukup rasa
Gula - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Perasa - secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Bawang merah, cili merah dan cili padi ditumbuk sehingga lumat
2. Masukkan belacan, gula, garam dan perasa secukupnya. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit air asam jawa
Sedia untuk dihidangkan bersama ulam-ulaman.
Friday, March 11, 2011
Seafood Spagetti
Seafood Spagetti
Bahan:
200 gm spagetti - direbus dahulu
Bahan A:
10 gm lala
10 gm sotong
20 gm udang
20 gm ikan
Bahan B:
10 gm bawang besar - dicincang
2 biji tomato - dicincang
5 gm bawang putih - dicincang
Bahan C:
1 helai daun bay
2 helai daun basil
Sedikit minyak zaitun
Sedikit garam
1 tangkai cili kering dihiris halus
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak zaitun didalam kuali leper
2. Masukkan bahan-bahan A bersama cili kering dan bawang putih
3. Setelah naik baunya masukkan bahan-bahan B dan sedikit air bersama daun bay dan daun basil
4. Setelah pekat, masukkan spagetti dan garam secukup rasa.
Sedia untuk dimakan..
Bahan:
200 gm spagetti - direbus dahulu
Bahan A:
10 gm lala
10 gm sotong
20 gm udang
20 gm ikan
Bahan B:
10 gm bawang besar - dicincang
2 biji tomato - dicincang
5 gm bawang putih - dicincang
Bahan C:
1 helai daun bay
2 helai daun basil
Sedikit minyak zaitun
Sedikit garam
1 tangkai cili kering dihiris halus
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak zaitun didalam kuali leper
2. Masukkan bahan-bahan A bersama cili kering dan bawang putih
3. Setelah naik baunya masukkan bahan-bahan B dan sedikit air bersama daun bay dan daun basil
4. Setelah pekat, masukkan spagetti dan garam secukup rasa.
Sedia untuk dimakan..
Griddled Salsa Chicken
Griddled Salsa Chicken
Ingredient:
4 boneless chicken breasts - skin on
3 tablespoons olive oil
Salt and pepper
For the cucumber and tomato salsa :
1 red onion - finely chopped
2 tomatoes - deseeded and diced
1 cucumber - finely diced
1 red chilli - finely chopped
1 small handful of coriander leaves - chopped
Juice of 1 lime
Method:
1. Remove the skin from the chicken breasts. Using kitchen scissors, cut each breast in half lengthways but without cutting the whole way through. Open each breast out flat.
2. Brush with the oil and season well with salt pepper.
3. Heat a griddle pan until very hot.
4. Add the chicken breasts and cook for 3 minutes on each side until cooked through and grill-marked.
5. Meanwhile, to make the salsa, mix together the onion, tomatoes, cucumber, red chilli, coriander and lime juice. Season well with salt and pepper.
Serve the chicken hot with the spicy salsa spooned over and around.
Thai Chicken Noodle Salad
Thai Chicken Noodle Salad
Ingredient:
250 g (8 oz) thin rice noodles
6 tablespoons Thai sweet chili sauce
2 tablespoons Thai fish sauce
Juice of 2 limes
2 cooked boneless, skinless chicken breasts
1 cucumber - cut into ribbons
1 red chilli - finely chopped
1 small handful of coriander leaves
Method:
1. Put the noodles in a large heatproof bowl and pour boiling water over to cover. Leave for 6~8 minutes until tender. Then drain and rinse well under cold running water
2. Whisk together the sweet chilli sauce, fish sauce and lime juice in a bowl. Shred the chicken and toss with the dreasing to coat
3. Add the noodles, cucumber and chilli to the chicken mixture and toss gently to combine.
4. Scatter over the coriander leaves and serve immediately.
Just for you, diet ladies...
Kek Pelangi
Kek Pelangi
Bahan :
200 gm mentega
300 gm marjerin
500 gm gula
500 gm telur
100 ml susu carnation
1 sudu kecil esen vanila
500 gm tepung gandum
Pewarna hijau, kuning dan merah secukupnya
Cara membuatnya :
1. Mentega, marjerin dan gula dipukul bersama sampai kembang
2. Masukkan telur dan pukul hingga sebati
3. Kemudian masukkan tepung gandum
4. Akhir sekali, masukkan esen vanila dan susu
5. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan diwarnakan dengan hijau, kuning dan merah
6. Masukkan kedalam acuan secara berselang seli dan dibakar dengan suhu 170 C selama 45 minit.
Selamat mencuba, warna kek yang ceria boleh buat kita happy kan...
Kek Coklat
Kek Coklat
Bahan :
8 biji telur
2 cawan marjerin
2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan coklat tabur
sedikit esen vanila
Cara membuatnya :
1. Pukul marjerin, telur dan gula halus hingga kembang
2. Masukkan tepung gandum dan baking powder, kacau rata
3. Masukkan esen vanila serta coklat tabur. Gaulkan hingga sebati
4. Tuangkan kedalam acuan dan bakar hingga masak
Kek coklat dan wanita memang tidak dapat dipisahkan...
Udang Bakar Berkeju
Udang Bakar Berkeju
Bahan:
1 kg udang bersaiz besar yang segar - bersihkan dan potong separuh
Bahan sos keju:
150 gm mentega
30 gm bawang putih - dicincang
30 gm bawang merah - dicincang
50 gm tepung gandum
1/2 liter susu segar
1/2 tin susu sejat
30 gm sebuk perasa
15 gm garam
20 gm keju Parmesan
Cara membuatnya:
1. Panaskan mentega didalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan
2. Masukkan tepung gandum bersama susu segar dan susu sejat. Kacau hingga menjadi sos yang lembut.
3. Tambah serbuk perasa dan garam
4. Masukkan keju Parmesan
5. Curah sos keju keatas udang dan bakar didalam ketuhar selama 12 minit sehingga udang menjadi kekuningan dan masak
Sedap dimakan ketika masih panas, apa kata hari minggu ini kita cuba..
Salad Buah-Buahan
Salad Buah-Buahan
Bahan A:
20 gm tembikai - dipotong dadu
20 gm epal - dipotong dadu
20 gm mangga - dipotong dadu
20 gm belimbing - dipotong dadu
Bahan B:
10 gm mustard
2 sudu gula
( Bahan B diadun untuk dijadikan sos )
1 scoop ais krim
Cara membuatnya:
1. Gaulkan buah-buahan bersama dengan sos
2. Scoop asi krim dan letakkan keatas salad buah
Sedia untuk dimakan, sungguh mudah kan...
Teriyaki Chicken
Teriyaki Chicken
Ingredients:
2 boneless, skinless chicken breasts - cut into thin strips
2 tablespoons soy sauce
1 tablespoon olive oil
2 large carrots - peeled and cut into small matchsticks
2 red peppers - cored, deseeded and cut into small matchsticks
200 g (7 oz) jar teriyaki stir-fry sauce
6 spring onions - chopped
Method:
1. Put the chicken in a glass or ceramic bowl, add the soy sauce and toss well to coat. Cover and leave to marinate in a cool place for 10 minutes.
2. Heat the oil in a work or large frying pan, add the chicken and marinade and stir-fry for 2 minutes.
3. Add the carrots and peppers and stir-fry for 4 minutes.
4. Add the sauce and spring onions and cook briefly, stirring, to heat through.
Serve immediatly over egg noodles...yummy...
Wednesday, March 9, 2011
Kuih Kasui
Kuih Kasui
Bahan:
125 gm (1cawan) gula merah - dimasak dengan 2 cawan air hingga cair dan sejukkan
250 gm tepung gandum
40 gm gula pasir
40 gm tepung sagu
2 cawan air
1 sudu minyak
1 sudu makan air kapur
Kelapa parut muda (putih sahaja) digaulkan dengan secubit garam
Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung gandum, tepung sagu, gula pasir dengan air dan kacau rata
2. Tambahkan sesudu air kapur. Masukkan campuran air gula merah. Kacau rata
3. Tapiskan adunan dengan penapis kelapa kedalam bekas lain.
4. Sapukan loyang dengan minyak. Masukkan adunan kedalam loyang.
5. Panaskan kukus. Proses mengukus antara 5~10 minit.
6. Setelah masak, potong dan hidangkan bersama kelapa parut.
Jom cuba...
Onde-Onde
Onde-Onde
Bahan:
90 gm tepung pulut
3 sudu besar air pandan
Pewarna hijau
Gula melaka - dipotong kecil
3 camca besar kelapa parut (putih sahaja)
Garam halus (ditambah kedalam kelapa parut secukup rasa)
Cara membuatnya :
1. Campurkan air pandan dan pewarna hijau dengan secukupnya kedalam tepung pulut. Gaul rata untuk mendapatkan doh kental.
2. Didihkan air. Sementara itu bentukkan tepung menjadi bulat. Lekukkan dan masukkan inti ditengah.
3. Tutup inti dengan keseluruhan tepung dan golekkan sehingga menjadi bentuk bulat semula.
4. Masukkan kedalam air rebusan yang mula mendidih dan angkat apabila ia timbul di permukaan air.
5. Toskan dan golekkan kedalam kelapa parut .
Sedia untuk dihidangkan.
Bee Hoon Goreng Tauchu
Bee Hoon Goreng Tauchu
Bahan :
3 ulas bawang putih - dikisar halus
5 ulas bawang merah - dikisar halus
8 tangkai cili kering - dikisar halus
1 sudu besar tauchu - dikisar halus
5~6 ekor udang sederhana besar
500 gm bee hoon yang telah direndam
70 ml minyak masak
50 gm tauge
Gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus tadi
3. Masukkan udang. Kemudian masukkan bee hoon dan kacau rata
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tauge dan kacau rata
5. Hiaskan bee hoon dengan hirisan telur dadar dan sedikit hirisan cili merah.
Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba..
Mee Goreng Mamak
Mee Goreng Mamak
Bahan :
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
8 tangkai cili kering - dikisar halus
200 gm mee kuning
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar udang kering - dikisar halus
1/2 sudu besar serbuk kari daging
2~3 tangkai sawi
50 gm tauge
1 biji telur
garam secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Tumiskan hirisan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan
2. Masukkan cili kering yang dikisar halus, ditambah serbuk kari daging dan masak sehingga naik bau wangi.
3. Masukkan mee kuning dan kacau rata. Masukkan sawi dan tauge.
4. Pecahkan telur dan kacau rata. Masukkan garam secukup rasa.
5. Hidangkan mee goreng mamak bersama tahu goreng, hirisan cili hijau dan limau nipis.
Selamat mencuba...
Bersama Berkongsi Resipi
Hi...
Salam perkenalan,
Bermula dari hari ini (09.03.2011) saya, ziela bahrom akan berkongsi dengan anda semua pelbagai jenis resipi masakan, minuman dan kuih muih yang mudah, lazat dan menyelerakan.
Selamat mencuba....
Salam perkenalan,
Bermula dari hari ini (09.03.2011) saya, ziela bahrom akan berkongsi dengan anda semua pelbagai jenis resipi masakan, minuman dan kuih muih yang mudah, lazat dan menyelerakan.
Selamat mencuba....
Subscribe to:
Posts (Atom)