Wednesday, March 9, 2011

Kuih Kasui


Kuih Kasui

Bahan:
125 gm (1cawan) gula merah - dimasak dengan 2 cawan air hingga cair dan sejukkan
250 gm tepung gandum
40 gm gula pasir
40 gm tepung sagu
2 cawan air
1 sudu minyak
1 sudu makan air kapur
Kelapa parut muda (putih sahaja) digaulkan dengan secubit garam

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung gandum, tepung sagu, gula pasir dengan air dan kacau rata
2. Tambahkan sesudu air kapur. Masukkan campuran air gula merah. Kacau rata
3. Tapiskan adunan dengan penapis kelapa kedalam bekas lain.
4. Sapukan loyang dengan minyak. Masukkan adunan kedalam loyang.
5. Panaskan kukus. Proses mengukus antara 5~10 minit.
6. Setelah masak, potong dan hidangkan bersama kelapa parut.

Jom cuba...

No comments:

Post a Comment