Wednesday, March 9, 2011
Onde-Onde
Onde-Onde
Bahan:
90 gm tepung pulut
3 sudu besar air pandan
Pewarna hijau
Gula melaka - dipotong kecil
3 camca besar kelapa parut (putih sahaja)
Garam halus (ditambah kedalam kelapa parut secukup rasa)
Cara membuatnya :
1. Campurkan air pandan dan pewarna hijau dengan secukupnya kedalam tepung pulut. Gaul rata untuk mendapatkan doh kental.
2. Didihkan air. Sementara itu bentukkan tepung menjadi bulat. Lekukkan dan masukkan inti ditengah.
3. Tutup inti dengan keseluruhan tepung dan golekkan sehingga menjadi bentuk bulat semula.
4. Masukkan kedalam air rebusan yang mula mendidih dan angkat apabila ia timbul di permukaan air.
5. Toskan dan golekkan kedalam kelapa parut .
Sedia untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment